Kerajaan berada pada tahap yang sangat berjaga-jaga dalam menangani penyebaran varian membimbangkan (VOC) Omicron.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ia turut mengambil kira pengalaman dan langkah sedia ada yang telah dilaksanakan kementerian sehingga kini.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan dengan wujudnya varian Omicron itu, keputusan sama ada untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak atau tidak akan diumumkan minggu depan. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021 di Petaling Jaya, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini