Kes baharu COVID-19 di Afrika Selatan terus meningkat ketika negara itu giat berusaha membendung lonjakan jangkitan dicetuskan varian Omicron.

Lebih daripada 90 peratus kes baharu di negara itu adalah berkaitan Omicron.

alam tempoh 24 jam lalu sehingga Khamis, Afrika Selatan merekodkan 22,391 kes baharu.

Ia peningkatan daripada kira-kira 200 kes sehari pada awal November.

Kempen vaksinasi di Afrika Selatan kurang mendapat sambutan walaupun mempunyai bekalan vaksin mencukupi dengan lebih 19 juta dos vaksin.

Ini apabila hanya baru lebih 14 juta individu lengkap vaksin sepenuhnya, mewakili 36 peratus populasi dewasa dan kira-kira 24 peratus daripada jumlah penduduk.

Justeru, sasaran kerajaan untuk menyuntik 67 peratus penduduk menjelang Februari dilihat tidak realistik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini