Varian baharu COVID-19 Omicron, kini sudah merebak ke 16 negeri di Amerika Syarikat. Namun menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka negara itu, setakat ini tiada laporan mengenai komplikasi teruk dan varian delta kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara.

Dr Anthony Fauci memaklumkan walaupun kemunculan varian baharu itu dibimbangi di seluruh dunia, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan ia masih memerlukan banyak kajian dijalankan. Sehubungan itu beliau berharap Amerika dapat menarik semula larangan kemasukan ke atas pelancong dari negara-negara Afrika Selatan.

Sebelum ini, kerajaan di Afrika Selatan mendakwa tindakan sekatan itu seperti hukuman ke atas mereka yang sepatutnya dipuji kerana bertindak cepat melaporkan mengenai penemuan Omicron. Kebanyakan kes Omicron di Amerika melibatkan mereka yang telah lengkap divaksin dengan simptom ringan.

Kes baharu di Amerika mencecah 119,000 secara purata setiap hari dan hampir 1,300 nyawa menjadi korban disebabkan wabak itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini