Omicron kini menjadi varian COVID-19 dominan di Perancis.

Menurut agensi kesihatan awam, 62.4 peratus ujian yang dijalankan pada minggu ini menunjukkan profil yang serasi dengan varian Omicron.

Peratusan itu meningkat secara ketara berbanding hanya 15 peratus pada minggu sebelumnya.

Peningkatan kes Omicron secara mendadak di Perancis telah dijangka kerana sifatnya yang mudah berjangkit, selain telah menjadi dominan di negara Eropah lain, termasuk Britain dan Portugal.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 200,000 kes baharu dilaporkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini