Korea Selatan menarik semula pengecualian kuarantin bagi ketibaan pelawat yang sudah divaksin sepenuhnya dalam usaha untuk mengekang varian Omicron.

Keputusan baharu itu menyaksikan perintah kuarantin wajib 10 hari untuk semua pelawat yang tiba di negara terbabit dikuatkuasa mulai esok.

Langkah tersebut diambil Agensi Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA) susulan lonjakan kes harian COVID-19 yang merekodkan lebih 5,000 kes dalam dua hari berturut-turut.

Korea Selatan mengesahkan lima kes pertama varian Omicron pada Rabu melibatkan individu sudah divaksin sepenuhnya yang tiba dari Nigeria.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini