Sekatan perjalanan sementara ke atas lapan negara ditarik balik melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kesemua lapan negara itu, akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi jangkitan varian Omicron, menjadikan jumlahnya kini, 18.

Antara negara dalam senarai berisiko tinggi, adalah United Kingdom, Amerika Syarikat,  Australia, Arab Saudi,  Norway, Perancis, dan Denmark.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan belum bercadang menyekat rakyat mengerjakan umrah, walaupun terdapat peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang dari Arab Saudi.

Syarikat-syarikat pelancongan juga akan dimaklumkan bagi memastikan rakyat Malaysia yang ingin ke Arab Saudi mendapatkan dos penggalak sebelum berlepas.

Manakala mereka yang pulang dari mengerjakan umrah, digalakkan untuk melaksanakan ujian kendiri setiap hari selama tempoh kuarantin, selain dipakaikan peranti digital.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini