Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian baharu COVID-19, Omicron lebih mudah berjangkit berbanding Delta.

Bukan itu sahaja, mengikut data awal, ia juga mampu mengurangkan keberkesanan vaksin tetapi tidak menyebabkan gejala yang teruk.

Menurut WHO, varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India awal tahun ini menjadi punca untuk kebanyakan jangkitan koronavirus di dunia.

Bagaimanapun, penemuan Omicron di Afrika Selatan yang mempunyai sejumlah besar mutasi bulan lalu mendorong negara di seluruh dunia untuk mengenakan sekatan perjalanan ke atas Afrika Selatan dan memperkenalkan semula sekatan domestik untuk memperlahankan penyebarannya.

Setakat 9 Disember lalu, WHO memaklumkan varian Omicron telah merebak ke 63 negara.

Jangkitan Omicron setakat ini menyebabkan gejala ringan atau kes tanpa gejala namun WHO akui data itu tidak mencukupi untuk menentukan tahap keseriusan klinikal varian berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini