Maklumat dan data yang lebih jelas mengenai varian COVID-19 Omicron dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, data itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk kadar jangkitan, kemampuan mengundang penyakit teruk dan varian membimbangkan (VOC).

Khairy turut memaklumkan kerajaan akan melakukan penelitian semula dalam tempoh dua minggu untuk membuat penilaian mengenai peralihan ke fasa endemik. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021 di Petaling Jaya, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini