Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia; MATTA yakin sektor pelancongan negara akan meneruskan pemulihan dan mengekalkan momentum positif disebalik kemunculan varian Omicron.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang optimis, penularan varian tersebut mampu dikawal menerusi saringan lebih ketat dan langkah pembendungan sewajarnya oleh kerajaan.

Jelasnya, sambutan menggalakkan pada penganjuran semula Pameran Matta hujung bulan lalu, setelah 2 tahun tertangguh akibat Covid-19, turut mencerminkan keyakinan rakyat untuk kembali melancong.

Beliau juga percaya, Pameran Matta masih akan dianjurkan tahun hadapan berdasarkan permintaan yang semakin meningkat dan tempahan awal yang terjual bagi perjalanan antarabangsa tahun hadapan.

Matta pada masa sama, sedang membangunkan, platform digital Pameran MATTA yang dijangka akan dilancarkan tahun hadapan sebagai langkah alternatif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini