Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO belum dapat mengesahkan lagi sama ada varian baharu Omicron lebih mudah dijangkiti.

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier menjelaskan mereka belum memahami sepenuhnya varian itu dan belum dapat dipastikan sama ada ia boleh membawa kepada pelbagai kesan yang serius.

Untuk itu beliau menggesa semua orang untuk terus berhati-hati dengan mengambil pendekatan seperti diamalkan ketika ini iaitu memakai pelitup separuh muka dan menjaga kebersihan diri.

Katanya, amalan SOP ketat berkesan dalam menentang varian Delta sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini