Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan kepada pengembara dari 26 negara yang dikenal pasti telah melaporkan penularan varian Omicron daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara terlibat termasuk United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong, Itali, Jerman, Denmark, Sweden, Nigeria dan Belgium.

Beliau berkata pengembara dari negara berkenaan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai GPL.

Sementara itu, bagi penduduk Langkawi sama ada warganegara dan pemegang pas lawatan panjang dari negara-negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja.

Selain perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini