Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mempercepatkan program dos penggalak di negara itu selepas saintis menaikkan tahap amaran COVID-19 kepada 4 mengikut skala 5 mata.

Britain kini berdepan gelombang varian Omicron yang lebih mudah menular. Johnson berkata program dos penggalak mesti berjalan lebih pantas kerana saintis belum mengetahui tahap Omicron berbanding varian lain.

Jelasnya, dua dos vaksin tidak akan mencukupi untuk mengawalnya. Saintis di United Kingdom (UK) menaikkan tahap amaran COVID-19 kepada 4, tahap kedua tertinggi kerana kes jangkitan Omicron meningkat dua kali ganda di UK setiap dua hingga tiga hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini