Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat terus beristiqamah dan mengamalkan kawalan kendiri mematuhi prosedur SOP ditetapkan.

Ingatan itu ekoran  kegusaran baginda  terhadap penularan varian baharu COVID-19, Omicron yang mula merebak ke seluruh dunia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al Sultan Abdullah turut menasihati rakyat supaya melengkapkan suntikan dos vaksin COVID-19 dan mendapatkan dos penggalak bagi melindungi kesihatan serta keselamatan diri, ahli keluarga dan masyarakat.

Baginda turut menyokong penuh tindakan tegas kerajaan mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan sempadan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini