Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, penularan varian Omicron akan mengganggu pemulihan sektor itu yang menyaksikan pertumbuhan empat peratus tahun lalu, berbanding 2020.

Agensi tersebut menjelaskan, ketibaan pelancong di seluruh dunia hanya dijangka kembali ke tahap pra-pandemik pada 2024.

Bagaimanapun pihaknya menjangkakan lonjakan 30 hingga 78 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.

Pada 2020, pendapatan sektor pelancongan menyusut 72 peratus susulan wabak yang menyaksikan sektor itu terpaksa ‘ditutup’.

Menurut agensi itu, kadar pemulihan kekal perlahan dan tidak sekata berikutan pelbagai tahap sekatan pergerakan, kadar vaksinasi dan keyakinan pelancong.

Di Eropah dan Amerika, ketibaan pelancong asing meningkat 19 dan 17 peratus tahun lalu berbanding 2020.

Manakala Timur Tengah dan Asia Pasifik merekodkan penyusutan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini