Sabah akan menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membendung penularan varian COVID-19 Omicron ke negeri itu.

Justeru, pengembara luar negara yang akan memasuki Sabah perlu mematuhi syarat kuarantin ditetapkan.

Individu lengkap vaksin berumur 18 tahun ke atas juga disaran untuk mendapatkan dos penggalak bagi meningkatkan imuniti dan memberikan perlindungan optimum.

Maklumat lanjut berkenaan Program vaksinasi COVID-19 negeri, boleh didapati di lawan sesawang rasmi dan facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini