Thailand akan mengurangkan separuh sela masa antara dos kedua dan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada tiga bulan dalam usaha negara itu meningkatkan imuniti terhadap varian Omicron.

Menurut jurucakap petugas kesihatan, suntikan penggalak akan membantu mengurangkan keseriusan gejala dan kadar kematian.

Thailand mengesan lapan kes import bagi varian Omicron.

Buat masa ini, Omicron belum dikesan menular dalam komuniti.

Lebih 43 juta orang atau 60 peratus penduduk di Thailand menerima dua dos vaksin COVID-19, yang mana lebih 4 juta daripadanya menerima dos penggalak

Omicron kini dilaporkan menular ke 63 negara di dunia. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini