Di Indonesia, tiga lagi kes Omicron dikesan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan setakat ini, lapan kes.

Ia melibatkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo.

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata individu yang telah diuji positif semuanya diisolasi di Hospital Wisma Atlet Kemayoran di Jakarta.

Setakat ini, semua kes import Omicron dikesan semasa menjalani kuarantin 10 hari dan masih belum ada penularan dalam komuniti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini