Varian Omicron mungkin lebih mudah menjangkiti semula individu yang pernah dijangkiti atau sudah divaksin varian baharu COVID-19 itu.

Ia berdasarkan data awal yang diperoleh dari Afrika Selatan.

Jelas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, data tersebut menunjukkan peningkatan risiko jangkitan semula dengan Omicron.

Beberapa bukti turut menunjukkan ia hanya membawa penyakit lebih ringan.

Namun tegasnya, lebih banyak data diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini