Ibadah umrah ditangguhkan buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini berikutan penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyatakan keputusan larangan itu kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berikutan itu tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.

Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini hingga 7 Januari depan, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel seperti dikenal pasti oleh  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia.

Jemaah umrah pula perlu menjalani kuarantin wajib bermula 3 Januari iaitu Isnin ini.

Penilaian risiko situasi COVID-19 varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini