Singgah makan dan mahu berehat alasan dua pasangan yang ditahan dalam serbuan berasingan melibatkan dua hotel bajet di Butterworth, Pulau Pinang. Pemeriksaan Op Ambang Merdeka itu juga mendapati mereka turut menyalahguna kebenaran rentas negeri bagi tujuan bekerja.

Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Azizon Noordin, tiga daripada mereka yang berasal dari Kedah dan Perak bekerja dalam sektor swasta di Seberang Perai. Keempat-empat mereka dibawa ke Balai Polis Butterworth sebelum dihantar ke Pejabat Agama untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen kesalahan jenayah Syariah negeri Pulau Pinang 1996.
 
Op Ambang Merdeka yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi dengan kerjasama Polis daerah Seberang Perai Utara disertai beberapa agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini