Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sibu masih meneruskan pengesanan ke atas kehilangan seorang kru bot nelayan tempatan pada Ahad lepas yang memasuki hari ke 5 hari ini.

Seramai 44 anggota terlibat dalam Operasi Carilamat yang diperluas hingga ke 72 batu nautika persegi. Aset-aset pasukan penyelamat JBPM serta APM telah diatur gerak ke sektor pencarian bermula pukul 7 pagi tadi. Pencarian memfokuskan sekitar perairan Pulau Bruit ke Tanjung Manat.

Pencarian turut dilakukan di sepanjang pesisir pantai oleh Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia dari Belawai ke Tanjung Jerijeh dan Belawai ke Kuala Paloh. Berdasarkan Op Carilamat tersebut tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini