3,182 pelbagai kesalahan dikesan dilakukan pengguna jalan raya di Perlis, sepanjang Operasi Khas Op Covid-19 dari Januari hingga semalam. Sepanjang tempoh penguatkuasaan itu, JPJ Perlis telah mengeluarkan 3,483 notis kompaun kepada pemandu yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah memaklumkan, daripada jumlah
notis kompaun berkenaan, pihaknya berjaya memungut hasil kompaun sebanyak RM383,395. Beliau menyatakan perkembangan ini selepas mengetuai Ops Khas Ambang Merdeka di Jalan Kampung Bakau, Kangar, malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini