Di Kelantan, Op Limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina menumpukan kepada
samseng jalanan bagi mengekang mereka yang berkelakuan tidak sopan dan
memandu secara berbahaya. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh, pihaknya menubuhkan pasukan khas iaitu Skuad 42 dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai untuk melakukan pemantauan.  

Jelasnya tindakan akan dikenakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987.

Kebanyakkan golongan yang dilihat paling ketara terbabit dalam kegiatan samseng jalanan adalah golongan remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun.
 
Beliau memberitahu pemberita ketika Op Limau Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, di Jambatan Sultan Yahya Petra Kota Bharu, malam tadi. 

Dalam operasi di daerah Kota Bharu malam tadi, 179 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik manakala sebuah motosikal disita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini