Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan tujuh pendatang asing warga Myanmar dan dua tekong darat menerusi Op Moon18 Jun lepas.
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata tangkapan dibuat hasil maklumat dan risikan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Langkawi.
Kesemua PATI dihantar oleh tekong darat menaiki feri ke Kuala Kedah sekitar 4.30 petang.
Bagaimanapun, pasukan operasi berjaya memintas dan memberhentikan feri berkenaan pada 4.40 petang.
Kesemua PATI tidak mempunyai pengenalan diri yang sah dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia di Bukit Malut Langkawi untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua tekong darat juga ditahan selepas seorang daripada mereka cuba memberi rasuah kepada pihak berkuasa.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007.