Lapan lagi kematian daripada 7 kemalangan maut dicatat pada hari ke 14, Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, jumlah kematian yang dicatat sejak Op Selamat 15 berkuatkuasa pada 29 Mei lalu, meningkat kepada 229 kes daripada 213 kemalangan maut. Bagi tempoh sama, jumlah kemalangan yang dicatat bertambah 1-ribu 587 kes kepada 22-ribu 852 kes dan melibatkan 32-ribu 346 kenderaan. Daripada jumlah itu, 5-ribu 949 kemalangan berlaku di Selangor dan 3-ribu 550 kes di Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini