14 lagi kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari ke 13, Op Selamat 15, sempena Aidilfitri, menjadikan jumlah keseluruhannya 221 kematian daripada 21-ribu 265 kemalangan. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Op Selamat yang akan berakhir esok menunjukkan Selangor masih mencatat jumlah kemalangan dan kemalangan maut paling tinggi diikuti Johor. Polis juga merekodkan 658 kes pecah rumah dan premis dengan kes paling tinggi juga berlaku di Selangor iaitu 157 kes, diikuti Sabah, 69 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini