Selangor merekodkan penurunan jumlah kemalangan maut berbanding Op Selamat 16 sepanjang pelaksanaan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina 2022 sejak Jumaat lepas.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Statistik menunjukkan penurunan daripada 11 kepada enam kes setakat ini.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan 29.5 peratus berbanding operasi dalam tempoh sama pada tahun baharu cina 2020.

Sejak Op Selamat 17 dilancarkan jumaat lepas, belum ada laporan kejadian pecah rumah dilaporkan oleh pemilik di negeri itu.

Beliau menyatakannya selepas mengikuti Op Selamat 17 di Lebuhraya persekutuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini