189 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh 11 hari Op Selamat 15 yang dilancar bermula 29 Mei lalu sempena Aidilfitri. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 18 ribu 53 kemalangan membabitkan 25 ribu 532 kenderaan dilaporkan di seluruh negara.
Selain itu, sebanyak 3 ribu 226 operasi dijalankan di seluruh negara dengan 241 ribu 144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15 yang diberi tumpuan adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Op Selamat 15 bakal berakhir 12 Jun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini