Operasi BAHIS di Taman Sri Muda, Shah Alam menumpukan kepada kerja pembersihan sampah di kawasan perumahan di Seksyen 25.

Naib Presiden Eksekutif MRCB Datuk Dell Akbar berkata,  seramai 70 tenaga pembersihan digerakkan bagi misi operasi pascabanjir itu.

Pendekatan ‘transit dan buang’ digunakan  bagi menyelesaikan sisa banjir termasuk mengangkut peralatan perabot yang tidak boleh digunakan.

Sampah atau bahan buangan pukal dikumpulkan di satu lokasi khas sebelum ianya diangkut menggunakan jentera Majlis Pembandaraan Shah Alam.

Bagi penduduk inisiatif yang dilaksanakan ini sangat membantu memandangkan kerja -kerja pembersihan pasca banjir sangat merumitkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini