Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius dan tidak akan bertolak ansur dengan penjawat awam terlibat mengedar atau menyalahguna dadah.

Penjawat awam diberi amaran keras dan bakal berdepan tindakan tegas sekiranya terbukti terlibat najis dadah. Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mohktar turut menggesa pihak berkaitan terus memperhebat operasi membanteras pengedaran dan salah guna dadah di negeri itu khususnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini