Operasi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terus diperhebat di Pulau Pinang.

Polis akan menjalankan operasi besar besaran dengan meningkatkan risikan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pelbagai strategi dan taktik baharu akan digunakan bagi memberkas suspek sama ada kecil-kecilan mahupun pengguna.
 
Tambah beliau, 70 peratus individu yang terlibat kes jenayah di negeri itu sepanjang tahun lepas mempunyai rekod berkaitan dadah.

Beliau bercakap demikian selepas perhimpunan bulanan Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Polis Persekutuan, Ayer Itam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini