Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan mencatatkan nilai sitaan sebanyak RM32 juta menerusi Operasi Bersepadu Khazanah, OBK tahun ini. Ia jumlah tertinggi berbanding jumlah keseluruhan nilai sitaan sepanjang 3 tahun OBK dilaksanakan sejak 2019.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata,jumlah sitaan itu hasil 12 siri operasi di lapangan di seluruh negara. Dalam tempoh itu, seramai 127 pesalah ditahan dengan 10 orang daripadanya warga asing.

Sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan jenayah. Selain itu, sebanyak 293 jerat hidupan liar dimusnahkan serta 56 khemah warga asing dikesan di kawasan hutan simpan dan Taman negara. OBK dilaksanakan PERHILITAN mendapat kerjasama pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini