Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi negeri Johor dan Terengganu akan bermula dengan mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 7 November ini.

Pengoperasian itu akan melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.

Bagaimanapun berikutan 7 November adalah cuti tambahan sempena perayaan Deepavali, sekolah kerajaan di kedua-dua negeri hanya akan memulakan operasinya pada 8 November.

Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi kedua-dua negeri itu pula akan bermula pada 14 November. 

Kenyataan KPM itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa PPN bagi Johor dan Terengganu ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa esok. Pada masa ini, pengoperasian institusi pendidikan di Johor dan Terengganu adalah berdasarkan ketetapan Fasa 3 PPN sehinggalah ia beralih kepada fasa seterusnya pada 7 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini