158 penagih dan pengedar dadah dicekup Polis Petaling Jaya dalam tempoh dua minggu menerusi Program Jihad Jaya bermula 5 November lalu. Kejayaan diperoleh hasil kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan dan RELA.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid operasi dibuat sekitar sebuah PPR di Lembah Subang. Persekitaran tidak kondusif dan masalah sosial dikesan menjadi antara punca salah guna dadah. Ops Jihad Dadah akan diteruskan ke fasa seterusnya dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini