156 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam satu Operasi Khas yang dijalankan di Jalan Tongkang Pecah, Batu Pahat, semalam.
 
Ia melibatkan pemeriksaan terhadap 220 buah kenderaan dengan 78 buah kenderaan di kompaun atas pelbagai kesalahan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook JPJ Johor, antara kesalahan utama penungang motosikal tidak mempunyai lesen memandu sah, selain 25 kesalahan tiada cukai jalan dan perlindungan insurans.
 
Operasi melibatkan kekuatan 15 anggota pegawai dan penguatkuasa, dan tindakan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini