Sejak memulakan operasi di negara ini, kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd mematuhi keperluan kawal selia, semua syarat lesen malah melaksanakan amalan terbaik antarabangsa secara sukarela. Pengarah Urusannya , Datuk Mashal Ahmad berkata, syarikat itu juga adalah sah di sisi undang-undang. Hasil laporan Jawatankuasa Eksekutif Semakan juga mendapati, operasi Lynas Malaysia berisiko rendah, mematuhi peraturan yang berkaitan dan kemudahan penyimpanan sisa juga dikendalikan dengan betul. Bagaimanapun beliau kesal kerana masih ada kenyataan mengelirukan oleh pihak anti-Lynas termasuk isu peningkatan mendadak logam berat dalam air bawah tanah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini