Dua nelayan dikhuatiri lemas dalam kejadian dua bot bertembung berhampiran Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis, malam semalam.

Insiden pertembungan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang baru pulang dari menangkap ikan dalam perjalanan masuk ke Sungai Tok Kuning manakala bot yang dinaiki dua lagi nelayan dalam perjalanan keluar kira-kira 10 malam.

Mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Mohd Faizal Hisyam Mat Taib, 39 tahun dari Kampung Sena, Kangar dan rakannya, Abdul Rashid Md Derus, 45 tahun, dari Seremban, Negeri Sembilan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1, Ruhisha Haris berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 70 anggota pelbagai agensi digerakkan sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian.

Beliau ditemui media ketika mengetuai Operasi Mencari dan Menyelamat kedua-dua mangsa.

12 buah bot dari 4 buah agensi digunakan bagi operasi tersebut masing-masing 2 buah bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam serta 4 buah bot dari Persatuan Memancing dan Rekreasi Negeri Perlis.

Sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dalam lingkungan 2 kilometer dari lokasi kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini