Operasi Mencari dan Menyelamat seorang lelaki yang dipercayai jatuh laut Rabu lalu di posisi 7.5 batu nautika barat daya muara Kuala Perlis, ditamatkan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, operasi tamat 7:30 malam tadi berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui sepanjang tiga hari operasi.

Empat ahli keluarga mangsa turut hadir ke Pangkalan Hadapan Carilamat Pengkalan Nelayan Sungai Baru bagi mendengar taklimat operasi daripada pasukan penyelamat.

Walaupun operasi besar-besaran ditamatkan, pencarian diteruskan melalui rondaan rutin dan akan diaktifkan semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini