Operasi mencari diteruskan pagi ini kerana dikhuatiri masih terdapat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanah di Kilometer 27.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Perak.

Dalam kejadian tengah hari semalam, pemandu lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) disahkan maut selepas kenderaan mereka tertimbus tanah runtuh.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut dikenalpasti sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun dan Tan Chee Heng, 36 tahun.

Operasi mencari dan menyelamat mengambil masa hampir tujuh jam untuk mengeluarkan kedua-dua mayat daripada kenderaan masing-masing.

Mayat pemandu lori sayur dan MPV itu berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 10 malam tadi dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini