Masjidil Haram di Makkah melaksanakan operasi nyah cemar dan pembersihan 10 kali sehari bagi menjamin keselamatan jemaah dan pengunjung. Ia melibatkan 4,000 pekerja lelaki dan wanita di bawah selian 200 pegawai.

Pada Oktober lalu, kira-kira 300 operasi nyah cemar dijalankan di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya. Berdasarkan laporan Arab News, masjid itu juga disembur dengan 45,000 liter minyak wangi dan 100 wangian pembersih udara.

Sejumlah 500 perkakas dan peralatan digunakan ketika operasi pembersihan dan setiap operasi mengambil masa 25 minit bagi memastikan jemaah tidak diganggu. Pada 17 Oktober lalu, kerajaan Arab Saudi melonggarkan SOP, termasuk membenarkan solat berjemaah dalam saf rapat, dengan kapasiti penuh di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini