Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pertubuhan belia yang menjalankan misi bantuan pasca banjir boleh memohon bantuan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof, setiap permohonan akan dinilai daripada segi pendaftaran dan urus tadbir yang baik dalam menjalankan satu-satu misi bantuan banjir.

Jelas beliau, operasi pasca banjir mungkin berlarutan sehingga pertengahan Januari tahun depan.

Oleh itu, pihaknya akan turut mempertimbangkan elaun sukarelawan dan diserap menjadi rakan kongsi kepada Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS.

Beliau berkata demikian ketika melawat pusat pengumpulan barangan keperluan pasca banjir di Kompleks Belia dan Sukan di Paroi, Seremban.

Untuk rekod, Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS kini telah mencecah seramai 8 ribu keanggotaan selepas dilancarkan pada 19 Disember lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini