Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM diminta meneruskan komitmen yang digalas dalam membantu rakyat terjejas banjir.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) yang dilaksana antara program terbaik membantu mangsa banjir disamping memberi impak mendalam kepada individu terlibat. 172 ‘Keluarga Angkat’ KKMM di Kampung Sungai Lui, Bukit Changgang dan Taman Sri Muda telah menerima bantuan barangan keperluan serta wang tunai sumbangan NGO dan rakan-rakan strategik kementerian.

Program lima hari BAHIS berjaya menyelesaikan pembersihan di lokasi tersebut hasil kerjasama seribu 500 sukarelawan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini