20 kru dan jurumudi bot lelaki, berusia 23 hingga 50 tahun, dikesan positif dadah jenis Methamphetamine, Ganja dan Opiat, di perairan Mersing, Johor.

Kesalahan dikesan menerusi Ops Bersepadu dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Zon MARITIM Mersing, bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak 13 November hingga semalam.

Pengarah Zon MARITIM Mersing, Komander MARITIM Khairul Nizam Misran memaklumkan, operasi melibatkan pemeriksaan rawak  ke atas 89 individu, termasuk 23 warga Indonesia, berumur 20 hingga 60 tahun.
 
Ia susulan aduan awam diterima, berkenaan penglibatan jurumudi bot penumpang dan bot nelayan dalam penyalahgunaan dadah.
 
Kesemua 20 lelaki terbabit, diberikan jaminan bersyarat, dengan melaporkan diri ke pejabat AADK pada hari ditetapkan untuk tindakan dan siasatan lanjut, mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983.
 
Operasi diteruskan dari semasa ke semasa, bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam komuniti maritim, sekali gus mewujudkan aktiviti perusahaan pelancongan yang selamat di perairan Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini