161 notis saman telah dikeluarkan JPJ Kedah dalam Ops Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina 2022.

Dalam operasi di persimpangan lampu isyarat Kepala Batas-Jitra, 99 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh.

Saman turut dikeluarkan atas kesalahan-kesalahan teknikal yang termaktub dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini