335 buah motosikal diambil tindakan menerusi Ops Khas Motosikal di Jambatan Pulau Pinang arah pusat bandar, lewat malam tadi.

334 notis saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dalam operasi yang dijalankan serentak di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Juru itu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, daripada jumlah itu, tiada lesen memandu kesalahan paling banyak dikenalpasti selain tamat tempoh lesen, tiada cukai jalan dan penggunaan dadah.
 
Operasi khas itu disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini