Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 2 ribu 710 kesalahan yang dilakukan penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) dalam tempoh kira-kira sebulan operasi khas Ops Merah dilaksanakan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa, JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan paling tinggi adalah tidak mematuhi lampu isyarat, tiada perlindungan insurans, dan melawan arus.

Tambahnya statistik mendapati 60 peratus kematian dalam kemalangan jalan raya adalah melibatkan penunggang motosikal dan operasi ini menumpukan kepada motosikal yang menjalankan perkhidmatan p-hailing. Beliau berkata demikian selepas meninjau Ops Merah di Puchong Perdana, Subang Jaya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini