Polis Melaka berjaya menumpaskan lima kumpulan jenayah dan menahan 20 individu sepanjang Ops Pintu sejak Januari hingga 22 Jun lalu.

Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya telah berjaya menyelesaikan 49 kes jenayah.

Antara kesalahan jenayah yang dilakukan temasuk pecah rumah dan curi kereta, pecah tabung rumah ibadah dan pecah stor kilang. Ia membabitkan kerugian hampir RM500,000. Beliau bercakap dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Banda Hilir, Melaka.