Ops Sedar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan di seluruh negara bermula hari ini. Di Perlis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengadakan sekatan jalan raya di KM 26, Jalan Kuala Perlis – Changlun.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah memaklumkan, operasi pada hari ini memfokuskan kepada kesalahan tiada perlindungan insurans dan juga lain-lain kesalahan.

Pihaknya turut mengambil inisiatif menyediakan kaunter JPJ Mobile di lokasi dan pengguna jalan raya boleh memperbaharui lesen memandu serta lesen kenderaan motor tanpa perlu hadir ke pejabat.

Beliau memaklumkannya ketika turun padang bagi melihat sendiri perjalanan operasi oleh Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri bersama Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini