224 kesalahan jalan raya dikesan dalam Ops Tahun Baru Cina (OPS TBC) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, semalam.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata daripada jumlah itu, sebanyak 176 notis dikeluarkan dan 126 saman dikenakan dengan jumlah keseluruhan RM37,800.

Menurut beliau, OPS TBC telah mula dilaksana sejak 25 Januari lalu, dan sehingga malam tadi sebanyak 475 notis dari pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan.
 
Sebanyak 750 kenderaan yang diperiksa dalam operasi itu.

Kesalahan paling tinggi adalah cukai jalan tamat tempoh sebanyak 114, tiada lesen (47), cermin gelap (45), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (18) dan kesalahan teknikal pengubahsuaian enjin (2).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas OPS TBC di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini