Susulan kematian orang asli suku Bateq di Kuala Koh, Gua Musang akibat demam campak. Ia menyedarkan masyarakat berkenaan tentang kepentingan suntikan vaksin untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing. Ketika ditemui media, rata-rata penduduk orang asli suku Bateq berkata bersedia menerima suntikan imunisasi itu, untuk mengelak masalah kesihatan sama menimpa mereka pada masa akan datang. Seorang penduduk, Kuntum Pisang, 55, berkata, dia berharap agar krisis kesihatan yang melanda perkampungan mereka segera berakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini